Thursday, May 14, 2009

Hadith Mengenai Isbal ( melabuhkan pakaian )

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا تَحْتَ الْكَعْبَيْنِ مِنْ الْإِزَارِ فَفِي النَّارِ
maksudnya : ( orang yang melabuhkan ) pakaian hingga di bawah buku lali, tempatnya dalam neraka.
(al-Nasai, kitab al-Zinah, bab Ma tahta al-kabai`in min al-Izrar)


أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَنْظُرُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِلَى مَنْ جَرَّ إِزَارَهُ بَطَرًا

maksudnya : Allah tidak akan melihat (memberi rahmat) kepada orang yang mengheret pakaian dengan bermegah-megah.
(al-Bukhari, kitab al-Libas)

hadith diatas berlaku perselisihan dalam memahami maksud nabi s.a.w. Hadith pertama sesuatu bawah buku lali tempatnya dalam neraka. Hadith yang kedua orang yang melabuhkan sesuatu di bawah buku lali dengan perasaan sombong Allah tidak melihatnya. saya menfokuskan dua hadith ini yang insyallah akan menghasilkan hukum dalam masalah ini. Terdapat dua pandangan dalam memahami kedua-dua hadith ini iaitu :

Berdasarkan hadith yang pertama al-Imam al-Nawawi berpendapat orang yang melabuhkan pakaian dengan tidak sombong dibenarkan akan tetapi makruh. manakala orang yang melabuhkan pakaian dengan sombong berdosa dan haram hukumnya. seperkara yang perlu difahami apabila seorang ulama seperti al-Nawawi menyatakan makruh ia seolah-olah haram pada dirinya bagi mengelak shubhah. Dan sekiranya seorang ulama menyatakan harus akan tetapi ia akan tetap berpegang dengan al-Sunnah. Pandangan pertama ini di pegang oleh ramai ulama dan tokoh-tokoh serta boleh dikatakan jumhur.

Manakala pandangan kedua pula mereka berhujah dengan kedua-dua hadith ini akan tetapi mereka menolak kaedah penggunaan Mutlak dan Muqayyad dalam memahami kedua-dua hadith ini. Mutlak ialah suatu yang mutlak tanpa ada sebarang ikatan manakala Muqayyad ada ikatan dalam satu hadith. Hadith yang pertama sesuatu di bawah buku lali tempatnya dalam neraka, tidak ada ikatan. Hadith kedua sesuatu dibawah buku lali DENGAN sombong, ada ikatan dengan sifat sombong maka Allah tidak pandang.

Syarat jika kembali kepada kaedah Usul fiqah, boleh beramal dengan mutlak dan Muqayyad ketika اتحاد الحكم وسباب ( hukum dan sebab adalah sama). Apa itu hukum? dan apa itu sebab?. Hadith yang pertama, hukumnya adalah neraka sebabnya melabuhkan pakaian bawah buku lali. Hadith kedua, hukumnya Allah tidak pandang sebabnya melabuhkan pakaian bawah bukulali dengan sombong. Jadi hukum tidak sama hadith pertama Neraka dan kedua Allah tidak pandang. Manakala sebab juga tidak sama,hadith pertama melabuhkan pakaian bawah buku lali dan kedua dengan sombong. Jadi menurut kaedah Usul Fiqah tidak boleh menggunakan Mutlak dan Muqayyad dalam memahami hadith ini kerana hukum dan sebab berbeza. Jadi hadith ini kekal dengan umum...ini pandangan kedua...

Kesimpulannya, saya berpendapat jalan selamat berpegang pada pandangan yang kedua dan keumuman hadith Rasulullah s.a.w. berdasarkan kaedah Usul Feqah, hendaklah tidak melabukan pakaian melebihi buku lali. Manaka kita juga menghormati pandangan al-Nawawi kerana beliau terkenal dengan kealimannya dalam ilmu hadith.

AKHLAH MENDAHULUI PERBAHASAN

2 comments:

aishahumairah said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

Bab labuhkan pakaian ni isunya untuk lelaki. Perempuan kena labuhkan supaya tutup aurat dan tidak terselak.