Friday, May 20, 2011

DaKu KiNi

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
yang pertama dan terakhir untuk allah dan rasaullah. aku memanjangkan syukur dan takzim
kerana diberi nikmat iman dan islam.

sudah lama menyepi dari mata penaku, terasa kerinduan untuk mencoret kisah lalu...
semakin hari dan aku menghrapkan kematanganku bertambah dalam semua perkara..
pabila terbaca beberapa makalat dari kalam sifuku PROF DR YUSUF AL-QARDAWI, maka terasa seolah aku mendapat nafas baru dalam mengharungi rintangan dalam dunia ini...
antara kalamnya yang membuat aku terfikir (bagi meraka yang memahami bahasa arab) :

ثانيا: أني لست من زعماء السياسة، الذين يجد الناس في حياتهم (مطبات) خطيرة، أو أسرارا رهيبة، أو مفاجآت تروعهم، وأحداثا غريبة تذهلهم، فالواقع أن حياتي ليس فيها مفاجآت مذهلة، ولا وقائع خارقة، إنما هي حياة عادية، تمضي على سنن الله المعتادة، ومعظم ما فيها من محطات انتقال من مرحلة إلى أخرى، إنما صنعها القدر الأعلى لي، ولم أصنعها لنفسي. وأعتقد أن ما اختاره الله لي هو خير مما كنت اختاره لنفسي لو خيرت. وأحمد الله على ما انتهيت إليه، وأدعوه تعالى أن يجعل يومي خيرا من أمسي، وغدي خيرا من يومي، وأن يجعل خير عمري آخره، وخير عملي خواتمه، وخير أيامي يوم ألقاه.

alangkah indahnya jika seseorang yang bercakap tanpa berkepertingan, maka seharusnya perkara ini yang harus kita percontohkan...

wahai diriku dan sahabat-sahabatku, jika kita mendapat kedudukan maka jangan kita memikirkan untuk mengekalkan kududukan itu, tetepi jujurlah dengan ilmu walaupun
mengadaikan kedudukan...
tetapi harus jelas dan tepat dengan kalam allah dan rasul

setakat ini sahaja coretan ku...insyallah jika berkesempatan maka akan ku nukilakan
lagi..insyallah..

Tuesday, July 6, 2010

DI MESIR


alhamdulilah segala puji bagi Allah, dialah yang awal dan tiada pengakhiran. Dialah mencipta sebaik-baik manusia dan mengangkat darjat yang paling tinggi.

alhamdulilah selamat sampai aku di bumi anbiya ( mesir ), suatu pengalaman yang agak menarik disini, belajar macam-macam, antaranya apa erti kehidupan ini, memikirkan umat, berlainan fikrah, dan banyak lagi. Tapi alhamdulilah smua berjalan dengan lancar dan baik walaupun ada sedikit masalah.

datang ke sini dengan beberapa tujuan antaranya ingin mereformasikan pemikiran, jiwa dan amal, begitu banyak kesilapan demi kesilapan pada diri ini setelah mempelajari agama dengan sedikit mendalam, semoga Allah permudahkan saya dalam jalan ini dan memberi petunjuk dan hidayahnya..amin ya rabb...

alhamdulilah juga, datang sini untuk mempelajari bahasa tercapai, dan sekarang sedang mengikuti kelas khusus bahasa di sini, syukur tidak terhingga kepada allah s.w.t kerana dapat ramai kwan berlainan bangsa antaranya tajikistan, rusia, cina, thailand dan banyak lagi..semoga tuhan juga permudahkan untuk jalan ini...

datang kesini juga, dapat mepelajari apakah erti CINTA, sebelum ini terasa cinta manusia sangatlah nikmat dan menyeronokkan, tetapi sampi disini baru terasa betapa besar cinta kapada Allah berbanding dengan yang lain sehingga aku mengorbankan cinta manusia..terasa tenang ya rabb.. begitu nikmat beribadah sedih, riang, murung, dan segala perasaan mengadu pada tuhan..semoga ak berada dalam landasan mu ya Allah..selamatkan aku dari perbuatan keji ya Allah..=(

alhamduliah sekarang mengikuti kelas talaki di masjid al-Azhar,semoga dengan sedikit usaha ini dapat memberatkan mizan aku kelah ya Allah, aku menuntut ilmu bukan lah untuk bersyarah pada orang lain,tp untuk menjadi pegagan dalam diri supaya tidak tergelincir di jalan yang sesat..

semoga kawan2 doakan aku disini dapat menambahkan ilmu dan tetap dijalan yang benar dan menjadi hamba yang soleh..amin ya rabb..


Thursday, May 14, 2009

Hadith Mengenai Isbal ( melabuhkan pakaian )

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا تَحْتَ الْكَعْبَيْنِ مِنْ الْإِزَارِ فَفِي النَّارِ
maksudnya : ( orang yang melabuhkan ) pakaian hingga di bawah buku lali, tempatnya dalam neraka.
(al-Nasai, kitab al-Zinah, bab Ma tahta al-kabai`in min al-Izrar)


أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَنْظُرُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِلَى مَنْ جَرَّ إِزَارَهُ بَطَرًا

maksudnya : Allah tidak akan melihat (memberi rahmat) kepada orang yang mengheret pakaian dengan bermegah-megah.
(al-Bukhari, kitab al-Libas)

hadith diatas berlaku perselisihan dalam memahami maksud nabi s.a.w. Hadith pertama sesuatu bawah buku lali tempatnya dalam neraka. Hadith yang kedua orang yang melabuhkan sesuatu di bawah buku lali dengan perasaan sombong Allah tidak melihatnya. saya menfokuskan dua hadith ini yang insyallah akan menghasilkan hukum dalam masalah ini. Terdapat dua pandangan dalam memahami kedua-dua hadith ini iaitu :

Berdasarkan hadith yang pertama al-Imam al-Nawawi berpendapat orang yang melabuhkan pakaian dengan tidak sombong dibenarkan akan tetapi makruh. manakala orang yang melabuhkan pakaian dengan sombong berdosa dan haram hukumnya. seperkara yang perlu difahami apabila seorang ulama seperti al-Nawawi menyatakan makruh ia seolah-olah haram pada dirinya bagi mengelak shubhah. Dan sekiranya seorang ulama menyatakan harus akan tetapi ia akan tetap berpegang dengan al-Sunnah. Pandangan pertama ini di pegang oleh ramai ulama dan tokoh-tokoh serta boleh dikatakan jumhur.

Manakala pandangan kedua pula mereka berhujah dengan kedua-dua hadith ini akan tetapi mereka menolak kaedah penggunaan Mutlak dan Muqayyad dalam memahami kedua-dua hadith ini. Mutlak ialah suatu yang mutlak tanpa ada sebarang ikatan manakala Muqayyad ada ikatan dalam satu hadith. Hadith yang pertama sesuatu di bawah buku lali tempatnya dalam neraka, tidak ada ikatan. Hadith kedua sesuatu dibawah buku lali DENGAN sombong, ada ikatan dengan sifat sombong maka Allah tidak pandang.

Syarat jika kembali kepada kaedah Usul fiqah, boleh beramal dengan mutlak dan Muqayyad ketika اتحاد الحكم وسباب ( hukum dan sebab adalah sama). Apa itu hukum? dan apa itu sebab?. Hadith yang pertama, hukumnya adalah neraka sebabnya melabuhkan pakaian bawah buku lali. Hadith kedua, hukumnya Allah tidak pandang sebabnya melabuhkan pakaian bawah bukulali dengan sombong. Jadi hukum tidak sama hadith pertama Neraka dan kedua Allah tidak pandang. Manakala sebab juga tidak sama,hadith pertama melabuhkan pakaian bawah buku lali dan kedua dengan sombong. Jadi menurut kaedah Usul Fiqah tidak boleh menggunakan Mutlak dan Muqayyad dalam memahami hadith ini kerana hukum dan sebab berbeza. Jadi hadith ini kekal dengan umum...ini pandangan kedua...

Kesimpulannya, saya berpendapat jalan selamat berpegang pada pandangan yang kedua dan keumuman hadith Rasulullah s.a.w. berdasarkan kaedah Usul Feqah, hendaklah tidak melabukan pakaian melebihi buku lali. Manaka kita juga menghormati pandangan al-Nawawi kerana beliau terkenal dengan kealimannya dalam ilmu hadith.

AKHLAH MENDAHULUI PERBAHASAN

Wednesday, May 13, 2009

Sumbangan Tokoh Qurra Dalam Ilmu Hadith

Imam al-Syatibiyy ( 537-590 )[1]

Nama al-Syatibiyy ialah al-Qasim bin Fierruh B. Khalaf Ahmad al-Ruaini al-Syatibiyy al-Andalusi. Mempelajari ilmu agama sejak kecil dari ulama yang berada di Syaitibah samada dalam ilmu Qiraat atau hadis. Beliau mendalami ilmu Qiraat dari Abi Abdilah Mohammad bin Abi al-as al-Nafazi dan beberapa Qari di syatibah. Al-Qufati menerangkan perkara tersebut dengan berkata “ beliau telah mahir dalam membaca al-Quran dan Qiraat sewaktu usianya masih muda”

Guru-guru beliau ialah Abi Abdillah Mohammad bin Yusof bin Suadah al-isybili, Abi Abdillah Mohammad bin Asyir bin Mohammad bin Asyir, Abi mohammad Abdillah bin Jaafar al-Misri, dan ramai lagi. Beliau telah meriwayatkan Sahih Muslim dari Abi al-Hasan Ali bin al-Huzail, Abi Muhammad Abbas bin Mohammad bin Abbas dan Abi Abdillah Mohammad bin yusof bin Saadah.

Sumbangan dan Penguasaan ilmu Hadith

Menurut al-Imam Nawawi kealiman al-Syaitibiyy tentang kitab Allah samaada dari sudut bacaan, tafsir, dan juga hadisadalah amat terselah. Sehingga apabila dibaca Sohih Bukhari, Muslim dan al-Muwatta, beliau dapat memberi teguran jika dapat kesalahan.

[1] Al-Imam Shihab al-Din. 2000. al-Fath al-Muwahibi fi tarjamah al-imam al-Syatibiyy. Dar fath.

Thursday, April 23, 2009

Dapatkan Kitab Riadh al-Solihin


kitab Riadh al-Solihin ini dikarang oleh Yahya bin Syarif al-Nawawi al-Damsyiqi, dan kitab ini di tahqiq oleh Muhammad Nasr al-Din al-Albani yang merupakan seorang ahli hadith yang mahir dan pakar dalam masalah hadith.

Oleh yang demikian saya menyuru kepada sahabat2 saya supaya dapatkan kitab ini dengan segera, kerana bagi mereka yang berkelulusan pengajian islam seharusnya memiliki kitab ini sebagai rujukan hadith. dalam kitab ini menghimpunkan hadith2 dari sahih Bukhari dan Muslim dan kesemua yang terdapat didalamnya adalah hadith sahih. paling tidak tiap rumah sahabat ada kitab ini. kerana dalam kitab ini merangkumi kehidupan seharian dan mudah diterjemahkan dalam kehidupan. saya juga menggalakkan para sahabat supaya dalam menerangkan dan sesuatu perkara perlu memastikan kesahihan hadith itu dahulu.
hari ini ramai orang yang bercakap mengenai sesuatu tetapi terkadang ia tidak menyedari hadith itu dhaif atau maudu. oleh yang demikian dapatkan lah kitab ini kerana saya yakin ia sangat bermanfaat kepada anda, dan semestinya tidak merugikan sekiranya anda memilikinya.

bagi mereka pelajar UKM boleh dapatkan daripada ustz Arif Nazri, jabatan Quran sunnah...dan bagi sahabat2 di luar dapatkan di kedai-kedai buku...insyallah ia sangat bermanfaat...waallah a`lam

ISLAM TERTEGAK DENGAN HUJAH (QURAN & HADITH )

MENGESAN HADITH MAUDU

الدين هو العقل ومن لا دين له لا عقل له
maksudnya : agama adalah akal, siapa yang tidak memiliki agama, tidak ada akal baginya

Hadits ini batil. Diriwayatkan oleh Imam an-Nasa`i dari Abi Malik Basyir bin Ghalib. Kemudian ia berkata, "Hadith ini adalah batil munkar." Menurut saya ( al-Albani ) kelemahan hadith ini terletak pada seorang sanadnya yang bernama Bisyir: Dia ini majhul (asing dan tidak dikenali). Inilah yang dinyatakin oleh al-Uzdi dan dikuatkan oleh al-Zahabi dalam Mizan al-i`tidal dan al-Asqalani dalam Lisan al-Mizan.

Satu hal yang perlu diketahui di sini ialah bahwasanya semua riwayat dan hadith yang menyatakan keutamaan akal tidak ada yang sahih. Semua berkisar antara dha'if dan maudhu'. Saya telah menyusuri semua riwayat tentang masalah keutamaan akal tersebut dari awal. Di antaranya apa yang diutarakan oleh Abu Bakar bin Abid Dunya dalam al-Aqlu wa Fadhluhu saya dapati ia menyebutkan, "Riwayat ini tidaklah sahih." Kemudian Ibnu Qayyim dalam kitab al-Manar halaman 25 menyatakan," Hadith-hadith yang berkenaan dengan akal semuanya dusta belaka."
( الألباني، سلسلة الأحادث الضععيفة والموضوعة )

ومن لم تنهه صلاته عن الفخشاء والمنكر لم يزدد من الله الا بعدا
maksudnya : barangsiapa solatnya tidak dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, maka tidak bertambah sesuatu pun dari Allah kecuali kejauhan.

Hadits ini batil. Walaupun hadith ini sangat dikenali dan sering menjadi pembicaraan namun sanad maupun matannya tidak sahih.

Dari segi sanad, telah diriwayatkan oleh al-Thabrani dalam kitab al-Mu'jam al-Kabir, al-Qudha'i dalam kitab Musnad al-Syihab II/43, Ibnu Hatim dalam Tafsir Ibnu Katsir II/414 dan kitab al-Kawakib al-Darari l/2/83, dari sanad Laits, dari Thawus, dari Ibnu Abbas r .a.. Ringkasnya, hadith tersebut sanadnya tidak sahih sampai kepada Rasulullah s.a. tetapi hanya mauquf ( berhenti ) sampai kepada Ibnu Mas'ud r.a. dan merupakan ucapannya dan juga hanya sampai kepada Ibnu Abbas r.a. Kerana itu, Syekhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Kitab al-Iman halaman 1 2, tidak menyebut kecuali sebagai riwayat mauquf yang hanya sampai kepada Ibnu Mas'ud dan Ibnu Abbas r.a.

Di samping itu, matannya pun tidak sahih kerana zhahirnya mencakupi siapa saja yang mendirikan solat dengan memenuhi syarat rukunnya. Padahal syara tetap menghukumnya sebagai yang benar atau sah, sekalipun pelaku solat tersebut masih suka melakukan perbuatan yang bersifat maksiat. Jadi, tidaklah benar bila dengannya (solat yang benar) justru akan makin menjauhkan pelakunya dari Allah SWT. Ini sesuatu yang tidak masuk akal dan tidak pula dibenarkan dalam syariat. Karena itu, Ibnu Taimiyah menakwilkan kata-kata" tidak menambahnya kecuali jauh dari Allah" jika yang ditinggalkannya itu merupakan kewajiban yang lebih agung dari yang dilakukannya. Dan ini bererti pelaku solat tadi meninggalkan sesuatu sehingga solattnya tidak sah, seperti rukun-rukun dan syaratsyaratnya.
Kemudian, nampaknya bukanlah solat (yang sah dan benar menurut syara') yang dimaksud dalam hadits mauquf tadi.

Dengan demikian jelaslah bahwa hadith tersebut dha'if, baik dari segi sanad maupun matannya. Wallhu a'lam bishshawab.