Thursday, April 23, 2009

Dapatkan Kitab Riadh al-Solihin


kitab Riadh al-Solihin ini dikarang oleh Yahya bin Syarif al-Nawawi al-Damsyiqi, dan kitab ini di tahqiq oleh Muhammad Nasr al-Din al-Albani yang merupakan seorang ahli hadith yang mahir dan pakar dalam masalah hadith.

Oleh yang demikian saya menyuru kepada sahabat2 saya supaya dapatkan kitab ini dengan segera, kerana bagi mereka yang berkelulusan pengajian islam seharusnya memiliki kitab ini sebagai rujukan hadith. dalam kitab ini menghimpunkan hadith2 dari sahih Bukhari dan Muslim dan kesemua yang terdapat didalamnya adalah hadith sahih. paling tidak tiap rumah sahabat ada kitab ini. kerana dalam kitab ini merangkumi kehidupan seharian dan mudah diterjemahkan dalam kehidupan. saya juga menggalakkan para sahabat supaya dalam menerangkan dan sesuatu perkara perlu memastikan kesahihan hadith itu dahulu.
hari ini ramai orang yang bercakap mengenai sesuatu tetapi terkadang ia tidak menyedari hadith itu dhaif atau maudu. oleh yang demikian dapatkan lah kitab ini kerana saya yakin ia sangat bermanfaat kepada anda, dan semestinya tidak merugikan sekiranya anda memilikinya.

bagi mereka pelajar UKM boleh dapatkan daripada ustz Arif Nazri, jabatan Quran sunnah...dan bagi sahabat2 di luar dapatkan di kedai-kedai buku...insyallah ia sangat bermanfaat...waallah a`lam

ISLAM TERTEGAK DENGAN HUJAH (QURAN & HADITH )

MENGESAN HADITH MAUDU

الدين هو العقل ومن لا دين له لا عقل له
maksudnya : agama adalah akal, siapa yang tidak memiliki agama, tidak ada akal baginya

Hadits ini batil. Diriwayatkan oleh Imam an-Nasa`i dari Abi Malik Basyir bin Ghalib. Kemudian ia berkata, "Hadith ini adalah batil munkar." Menurut saya ( al-Albani ) kelemahan hadith ini terletak pada seorang sanadnya yang bernama Bisyir: Dia ini majhul (asing dan tidak dikenali). Inilah yang dinyatakin oleh al-Uzdi dan dikuatkan oleh al-Zahabi dalam Mizan al-i`tidal dan al-Asqalani dalam Lisan al-Mizan.

Satu hal yang perlu diketahui di sini ialah bahwasanya semua riwayat dan hadith yang menyatakan keutamaan akal tidak ada yang sahih. Semua berkisar antara dha'if dan maudhu'. Saya telah menyusuri semua riwayat tentang masalah keutamaan akal tersebut dari awal. Di antaranya apa yang diutarakan oleh Abu Bakar bin Abid Dunya dalam al-Aqlu wa Fadhluhu saya dapati ia menyebutkan, "Riwayat ini tidaklah sahih." Kemudian Ibnu Qayyim dalam kitab al-Manar halaman 25 menyatakan," Hadith-hadith yang berkenaan dengan akal semuanya dusta belaka."
( الألباني، سلسلة الأحادث الضععيفة والموضوعة )

ومن لم تنهه صلاته عن الفخشاء والمنكر لم يزدد من الله الا بعدا
maksudnya : barangsiapa solatnya tidak dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, maka tidak bertambah sesuatu pun dari Allah kecuali kejauhan.

Hadits ini batil. Walaupun hadith ini sangat dikenali dan sering menjadi pembicaraan namun sanad maupun matannya tidak sahih.

Dari segi sanad, telah diriwayatkan oleh al-Thabrani dalam kitab al-Mu'jam al-Kabir, al-Qudha'i dalam kitab Musnad al-Syihab II/43, Ibnu Hatim dalam Tafsir Ibnu Katsir II/414 dan kitab al-Kawakib al-Darari l/2/83, dari sanad Laits, dari Thawus, dari Ibnu Abbas r .a.. Ringkasnya, hadith tersebut sanadnya tidak sahih sampai kepada Rasulullah s.a. tetapi hanya mauquf ( berhenti ) sampai kepada Ibnu Mas'ud r.a. dan merupakan ucapannya dan juga hanya sampai kepada Ibnu Abbas r.a. Kerana itu, Syekhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Kitab al-Iman halaman 1 2, tidak menyebut kecuali sebagai riwayat mauquf yang hanya sampai kepada Ibnu Mas'ud dan Ibnu Abbas r.a.

Di samping itu, matannya pun tidak sahih kerana zhahirnya mencakupi siapa saja yang mendirikan solat dengan memenuhi syarat rukunnya. Padahal syara tetap menghukumnya sebagai yang benar atau sah, sekalipun pelaku solat tersebut masih suka melakukan perbuatan yang bersifat maksiat. Jadi, tidaklah benar bila dengannya (solat yang benar) justru akan makin menjauhkan pelakunya dari Allah SWT. Ini sesuatu yang tidak masuk akal dan tidak pula dibenarkan dalam syariat. Karena itu, Ibnu Taimiyah menakwilkan kata-kata" tidak menambahnya kecuali jauh dari Allah" jika yang ditinggalkannya itu merupakan kewajiban yang lebih agung dari yang dilakukannya. Dan ini bererti pelaku solat tadi meninggalkan sesuatu sehingga solattnya tidak sah, seperti rukun-rukun dan syaratsyaratnya.
Kemudian, nampaknya bukanlah solat (yang sah dan benar menurut syara') yang dimaksud dalam hadits mauquf tadi.

Dengan demikian jelaslah bahwa hadith tersebut dha'if, baik dari segi sanad maupun matannya. Wallhu a'lam bishshawab.

HADITH AHAD

1.0 Takrif Bahasa

Khabar al-Wāhid ialah apa yang diriwayatkan (perawi hadith) seorang. Jamacnya Akhbār al-Āhad

1.1 Takrif Istilah

Apa yang diriwayatkan oleh perawi seorang, dua orang atau lebih. Tetapi tidak memenuhi syarat-syarat al-Mashur atau al-Mutawatir .

Hadith Āhad yang memenuhi syarat-syarat hadith sahih, dari segi nilai perawinya dikira sabit secara zanni. Walaupun sabit secara zanni, tetapi dari segi nilai kehujahan dan kewajipan beramal dengannya adalah wajib sama seperti hadith Mutawatir . Hadith Ahad terbahagi kepda tiga jenis : Masyhur, cAziz dah Gharib.

2.0 HADITH MASYHUR المشهور

2.1 Takrif Bahasa :

Ialah Isim Mafūl dari الشهرة iaitu diketahui atau masyhur di kalangan manusia dan sentiasa disebut .

2.2 Takrif Istilah :

Iaitu suatu hadith yang diriwayatkan oleh tiga orang perawi atau lebih di setiap thabaqat sanad tetapi tidak sampai ke tahap bilangan hadith Mutawatir .

Contonya hadith yang bermaksud :

إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ

Maksudnya : sesunguhnya Allah s.w.t tidak akan menarik ilmu ( daripada umat Islam ) secara mengejut, tetapi ia akan menariknya dengan cara mematikan ulama.

Sebahagian ulama mengistilahkannya dengan istilah al-Mustafid المستفيض. manakala sebahagian yang lain cuba membezakan kedua-dua istilah tersebut. Ada yang mengkhususkan al-Mustafid kepada keadaan bilangan perawi di akhir dan di awal sanad sama jumlahnya. Sementara ada juga yang berpendapat sebaliknya iaitu mereka mengkhususkan al-Masyhur kepada keadaan tersebut . Ulama’ telah membahagikan hadith Masyur kepada dua jenis : Masyhur al-Istilah iaitu sebagaimana definisi di atas dan Masyhur Bukan al-Istilah.

Masyhur Bukan istilah ialah hadith-hadith masyhur kerana kekerapan penggunaannya. Tanpa mengira bilangan perawi yang terdapat dalam rangkaian sanadnya. Termasuk dalam pengertian ini ialah semua hadith yang sering disebut sama ada mempunyai satu sanad atau tidak mempunyai sanad langsung, baik yang sahih, daif ataupun mauduc ( palsu ) . Hadith Masyhur Bukan Masyhur terbahagi kepada beberapa jenis berdasarkan kumpulan manusia yang selalu menggunakanya.


2.2.1 Masyhur di kalangan ahli hadith. Seperti hadith riwayat Anas r.a :

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَنَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَهْرًا بَعْدَ الرُّكُوعِ يَدْعُو عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ

Maksudnya : daripada Anas bin Malik r.a telah berkata, bahawa Rasulullah s.a.w telah
membaca doa Qunut selama sebulan kerana mendoakan keatas puak Ri`l dan Zakwan.

2.2.2 Masyhur di kalangan ahli feqh. Seperti hadith :

أَبْغَضُ الْحَلَالِ إِلَى اللَّهِ الطَّلَاقُ

Maksudnya : Tiada perkara yang halal yang dibenci oleh Allah s.w.t lebih daripada perceraian.( al-Hakim ). Al-Hakim menghukumkan hadith ini sebagai sahih dan telah diperakui oleh al-dhahabi.

2.2.3 Masyhur di kalangan Ahli Usul Feqh, seperti hadith yang bermaksud :

Maksudnya : Dimaafkan bagi umatku segala kesilapan (yang tidak disengajakan) keterlupaan dan keterpaksaan. Hadith ini telah dihukum sahih oleh Ibn Hibban dan al-hakim.

2.2.4 Masyhur di kalangan Ahli Nahu. Seperti hadith :

نعم العبد صهيب لو لم يخف الله لم يعصه

Maksudnya : sebaik-baik hamba ialah Suhaib, jika ia tidak takut kepada Allah nescaya ia akan melakukan maksiat. Hadith ini dihukumkan لا أصل له yang bermaksud sanadnya tidak berasas ( palsu ).

2.2.5 Masyhur di kalangan orang awam. Seperti hadith :

العجلة من الشيطان
Maksudnya : Kegelojohan itu dari Syaitan.


Hukum hadith Masyhur, sama ada Masyhur Istilah atau Bukan Istilah bergantung kepada keadaan sanad dan matannya, sama ada sahih, hasan, daif mahupun mauduc. Hadith Masyhur yang sahih mempunyai kekuatan dan mempunyai nilai kekuatan yang lebih berbanding dengan hadith Ahad yang lain.

3.0 HADIS GHARIB الغريب

Iaitu suatu hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi di semua atau pada satu daripada thabaqat sanad. Andainya al-Gharabah ( ketunggalan perawi ) berlaku hanya pada satu thabaqat sahaja sedangkan di thabaqat yang lain bilangannya lebih daripada seorang, maka ia masih dikira Gharib.

Sebahagian ulama’ seperti al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menggunakan istilah al-fard ( الفرد ) dengan makna yang sama dengan istilah al-Gharib. Manakala sebahagian yang lain membezakan mafhum kedua-dua istilah tersebut dari segi kebiasaan penggunaannya dengan menggunakan istilah al-Fard bagi maksud al-Gharib mutlak dan menggunakan istilah al-Gharib bagi maksud al-Gharib al-Nisbi. Ulama’ telah membahagikan jenis hadith Gharib kepada dua berdasarkan tempat berlakunya al-Gharabah.

3.1 Al-Gharib al-Mutlak atau al-Fard Mutlak, apabila gharabahnya berlaku pada asal sanad. Ulama’ khilaf dalam menentukan maksud asal sanad, walau bagaimanapun pendapat yang terpilih ialah penghujug sanad yang ada pada sahabat. Jenis inilah yang dinamakan ( غريب سندا ومتنا ) iaitu Gharib pada kedua-dua sanad dan amtan. Contohnya ialah seperti tentang hadith tentang keutamaan niat yang diriwayatkan secara tunggal oleh Umar Ibn al-Khattab r.a dan tidak ada sahabat lain yang meriwayatkannya selain daripadanya.

3.2 Al-Gharib al-Nisbi atau Fard al-Nisbi, apabila wujud gharabah dinisbahkan kepada seorang perawi selepas thabaqat sahabat atau dinisbahkan kepada keadaan tertentu yang ada pada sanad tersebut. Jenis inilah yang dinamakan (غريب سندا ومتنا) iaitu Gharib dari segi sanadnya sahaja. Jenis inilah juga yang diistilahkan oleh al-Tirmizi dalam kitabnya al-Sunan sebagai غريب من هذ الوجه

4.0 HADITH AZIZ ( العزيز )

Ialah hadith yang diriwayatkan oleh tidak kurang daripada dua orang perawi di setiap thabaqat sanad. Sekiranya di sebahagian thabaqat terdapat tiga orang perawi atau lebih sedangkan hanya satu thabaqat sahaja yang mempunyai dua orang perawi. Maka ia masih lagi dikira cAziz. Contonya ialah hadith yang bermaksud :

“ Tidak iman seseorang kamu sehingga cintanya terhadapku melebihi cintanya terhadap ayah, anak dan semua manusia yang lain ” ( al-Bukhari )


Hadith ini telah diriwayatkan daripada Anas Ibn Malik r.a oleh Qatadah Ibn Di`amah dan Abd al-Aziz Ibn Suhaib dan daripada Qatadah oleh Shu`bah dan Sa`id manakala daripada Abd al-Aziz pula oleh Ismail Ibn Ulaiyyah dan Abd al-Warith. Kemudian selepas mereka, barulah rangkaian Sanad itu berkembang dengan banyak.

Cara menentukan hukum hadith cAziz adalah sama cara penentuan hukum Hadith Masyhur. Ulama tidak mengadakan sumber rujukan yang khusus untuk Hadith cAziz kerana jumlahnya yang terlalu sedikit disamping tiada faedah yang besar daripada pengumpulannya.

Wednesday, April 22, 2009

DEFINISI AL-HADITH

2.1 TAKRIF BAHASA :

Al-hadith berasal daripasa perkataan حدث يحدث حداثة حدوثا . Ianya mempunyai beberapa makna antaranya :

2.1.1 Baru[1], contohnya :

Maksudnya : Tidak datang kepada mereka suatu ayat al-Quran pun yang baru (diturunkan) dari tuhan mereka, melainkan mereka mendengarnya, sedang mereka bermain-main. [2]

2.1.2 Percakapan dan berita[3], contohnya :

Maksudnya : sudahkah sampai kepadamu berita (Wahai Muhammad) perihal hari pembalasan.[4]

2.2 TAKRIF ISTILAH :

Hadith ialah apa yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w dari perkataan, perbuatan, perakuan dan akhlak sifat-sifat kejadian sama ada sebelum diutuskan atau setelah diutuskan menjadi Rasul.[5]

2.2.1 Contoh perkataan[6]

Terdapat banyak hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan berdasarkan ucapan baginda. Antara tersebut ialah :

عَنْ عَلْقَمَةَ بْنِ وَقَّاصٍ عَنْ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَلِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ [7]

Maksudnya : Daripada Alqmah Bin Waqqas daripada Umar berkata ; sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda : “ Setiap amal itu dengan niat dan bagi tipa-tiap seseorang apa yang diniatkan. Maka sesiapa hijrahnya kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya kerana Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa hijrahnya kerana dunia ia akan memperolehinya atau perempuan yang dia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang dia berhijrah kepadanya”.

2.2.2 Contoh perbuatan[8]

Terdapat banyak hadith yang menggambarkan perbuatan Rasulullah s.a.w. Perbuatan Rasulullah s.a.w ini menjadi panduan kepada umat Islam dalam kehidupan seharian. Antaranya ialah :

صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي[9]

Maksudnya : Bersembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang

2.2.3 Contoh taqrir[10]

Taqrir ialah memperlakukan apa yang dilakukan oleh seorang sahabat sebagai benar dengan tidak mencegah dan menyalahkan serta menunjukkan keredhaannya. Kedua menerangkan tentang kehebatan perbuatan yang dilakukan itu serta diperkuatkan dengan hujah. Antaranya ialah :

وَسُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الضَّبِّ فَقَالَ لَا آكُلُهُ وَلَا أُحَرِّمُهُ[11]

Maksudnya : Telah ditanya Rasulullah s.a.w mengenai al-Thab maka baginda bersabda tidaklah aku makan dan tidak pula aku mengharamkannya.


RUJUKAN

[1] Ibn Manzūr, Abī al-Fādl Jamal al-Din Muhammad bin Mukram Ibn Manzūr al-afriqi al-Misri. 1999. Lisan al-Arab. Dar Beirut li al-Tabaat, Beirut. Cetakan kedua, jilid 3. hlm 75.
[2] Al-Quran, al-Anbiya 21: 2
[3] Mustafa, Ibrahim. 1972. al-Mujam al-Wasīt. Al-Maktabah al-Islamiyyah, Istanbul, hlm 159.
[4] Al-Quran, al-Ghasyiah 88:1
[5] Muhammad Abū al-Laīs al-Khaīr Ābādī. 2005. Ulūm al-Hadīth Asīliha wa Muā`sirihā. Dar al-Shakir.Selangor. Hlm 21.
[6] ibid
[7] Al-Bukhārī, Muhammad Bin Ismāi. Sahīh al-Bukhārī di dalam fath Bārī sharh Sahīh al-Bukhāri oleh Ibn Hajar al-Asqalānī. Dar al-Kutub al-ilmiyyah, Beirut. 1997, jilid 1 kitab al-Īmān, bab Mā Jāa Inna al-A`māl bi al-Niat, hadith 54, hlm 180.
[8] Mustafā Abd al-Rahman. 1996. Hadith 40. Dewan Pustaka fajar. Selangor. Hlm 12
[9] al-Bukhārī, Muhammad Bin Ismāi. Sahīh al-Bukhārī Bukhārī di dalam fath Bārī sharh Sahīh al-Bukhāri oleh Ibn Hajar al-Asqalānī. Dar al-Kutub al-ilmiyyah, Beirut. 1997, jilid 1 kitab al-Azān, Bab al-Azān li Musāfir, hadith 605.
[10] Al-Qāsimī, Muhammad Jamāl al-Dīn. T.th. Qawāid al-Tahdīth Min Funūn Mustalah al-Hadīth. Dar al-Kutub al-Ilmiah. Beirut. Hlm 63.
[11] Al-Bukhārī, Muhammad Bin Ismāi. Sahīh al-Bukhārī Bukhārī. jilid 6 kitab al-Zabāih wa al-Sa`id, bab al-Thab.

Monday, April 6, 2009

Sharah kutub al-Tirmizi

Sunan al-Tirmizi
kitab ini ditahqiq dan disyarahkan oleh Ahmad Muhammad Syakir. mempunyai 5jilid, tetapi jilid ketiga hingga kelima di tahqiq oleh Mustafa Muhammad Hussin al-Dhahabi.

Aridah al-Ahwazi bi Syarah Sahih al-Tirmizi
kitab ini dikarang oleh Imam al-Hafiz Abi Bakr Muhammad bin Abdullah bin Muhammad bin Addullah yang dikenali sebagai Ibn al-Arabi al-Maliki ( 543 ).kitab ini diletak nombor, bab-babnya, hadith-hadithnya dan disusn mengikut nombor yang terdapat dalam Mu`jam al-Mufaras li Alfaz al-Hadith al-Nabawi dan Tuhfah al-Asyraf oleh al-Hafiz al-Mizzi. mempunyai 12 jilid, setiap hadith yang diterangkan sanadnya. nota kaki lebih membahaskan hadith dari sudut fiqh dan tauhid.

Mukhtasar Sahih al-Tirmizi wa Syarhuh bi Lughah al-Jawi al-Melayu al-Musamma Bahr al-Madhi
kitab ini ringkasan dari Sunan al-Tirmizi dan kemudian di syarahkan dalam tulisan jawi oleh Muhammad Idris Abd Rauf al-Marbawi al-Azhari. setiap hadith yang diterjemah diletak bawah hadith, seolah2 diterjemah secara harfiyah. kitab ini menghuraikan masalah fiqh yang terdapat dalam hadith. apa yang menarik setiap jilid dimulakan dengan sebuah hadith syarif : نصر الله أمرسمع مقالتي فوعاها فأداها كما سمعها

Syarah kutub Sahih Muslim

Ikmal Ikmal Mualim Syarah Sahih Muslim,
karangan al-Imam Muhammad Bin Khalifah al-Wasytani. Disertakan syarah kepada kitab ini Mukakkil Ikmal al-Ikmal oleh Muhammad bin Muhammad bin Yusuf al-Sanusi al-Hasani. Didhabitkan dan disahihkan oleh muhammad Salim Hasyim.


al-Siraj al-Wahhaj Fi Kasyf Matalib Muslim Ibn Hajjaj,
kitab ini adalah syarah daripada ringkasan Sahih Muslim oleh Hafiz al-Munziri. pengarangnya ialah Abi Tayyib Muhammad Siddiq Khan bin Hasan bin Ali. Takhrij hadis dan ulasan oleh Ahmad Farid al-Madhidiy.


Syarah Sahih Muslim Lil Qadiy Iyadh al-Musammah Ikmal al-Mu`lim Bifawaidi Muslim,
karangan al-Imam al-Hafiz Abi al-Fadhil Iyadh bin Musa bin Iyadh al-Yahsabiy dan ditahqiq oleh Dr Yahya Ismail. mempunyai nota kaki bagi memberi keterangan terperinci dan menerangkan perawi, surah al-Quran dan Takhrij Hadis. akhir kitab diletak isi kandungan mengikut kitab dan tjuk.


Fath Mun`im Syarah Sahih Muslim,
mempunyai 10 juzuk telah dihasilkan oleh Prof.Dr.Musa Syahin Lasyin.dimulakan dengan bab, hadis, syarahnya disebut dengan makna umum, perbahasan arab dan kefahaman hadis.mempunyai nota kaki bagi setiap sanad dengan menyenaraikan dengan lengkap.


Sahih Muslim Bi Syarah al-Nawawi,
dikarang oleh al-Imam Muhyiddin Abi Zakaria Ibn Syaraf al-Nawawi. al-Nawawi dinisbahkan kepada tempat asalnya al-Nuwa, di Harwan, Syiria. kitab ini mempunyai satu buku khusus bagi indek. indek ini meliputi tajuk,bab dan kitab, Hadis2 mengikut Qawliah abjad.


Sharah Sahih al-Bukhari


Fath al-Bariy bisyarh Al-Bukhari,
penulis kitab ini al-Imam al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Hajar al-Asqalaniy ( 773H-852 ). Ditahqiq Abdul Aziz bin Baz bin Abdullah bin Baz. cetakan Dar al-Fikr, Beirut, Lubnan 1996. mempunyai 15 juzuk. dimulakan dengan penerbit,kata aluan bagi kitab al-Hafiz Hajar dan sanad2 Ibn Hajar ke sahih al-Bukahri. dimulakan kitab bab dan syarah.


Syarh Sahih al-Bukhari
Li Ibn Battal,
dikarang oleh Abu Hasan ali bin Khalaf bin Abdul Malik yang lebih dikenali dengan Ibn Battal. Didhabit nasnya dan di ulas oleh Abu Tamim Yasir bin Ibrahim. cetakan al-Rusyd, al-Riyadh. 2000 mempunyai 10juzuk.


Umdatul al-Qari Sharh Sahih al-Bukhari,
di karang oleh al-Syaikh al-Imam al-Allamah Badr al-din Abi Muhammad Mahmud Ibn Ahmad al-Aini. dicetak pada tahun 1998, dimulakan dengan basmalah, nama kitab serta syarahnya, nama bab serta syarahnya dan hadis bersama syarahnya.


al-Tausyih Bisyarh al-Jami al-Sahih,
dihasilkan oleh Imam al-Hafiz Abi al-Fadl Jalaluddin Abdurrahman al-Suyuti. di tahqiq oleh ridhwan. cetakan maktabah al-Rusyd,Riyadh, 1998 mempunyai 5juzuk. bab dalam menerangkan syarat2 al-Bukhari berserta tajuk. nota kaki yang terdapat dalam kitab ini merupakan takhrij hadis,athar dan juga penerangan kalimah2 yang gharib.

sebenarnya banyak lagi kitab Sharah Sahih al-Bukhari seperti Thagliq al-Tha`liq Ala Sahih al-Bukhari yang dikarang oleh al-Imam al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Hajar al-Asqalaniy. semoga kita mendapat manfaat bersama