Wednesday, April 22, 2009

DEFINISI AL-HADITH

2.1 TAKRIF BAHASA :

Al-hadith berasal daripasa perkataan حدث يحدث حداثة حدوثا . Ianya mempunyai beberapa makna antaranya :

2.1.1 Baru[1], contohnya :

Maksudnya : Tidak datang kepada mereka suatu ayat al-Quran pun yang baru (diturunkan) dari tuhan mereka, melainkan mereka mendengarnya, sedang mereka bermain-main. [2]

2.1.2 Percakapan dan berita[3], contohnya :

Maksudnya : sudahkah sampai kepadamu berita (Wahai Muhammad) perihal hari pembalasan.[4]

2.2 TAKRIF ISTILAH :

Hadith ialah apa yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w dari perkataan, perbuatan, perakuan dan akhlak sifat-sifat kejadian sama ada sebelum diutuskan atau setelah diutuskan menjadi Rasul.[5]

2.2.1 Contoh perkataan[6]

Terdapat banyak hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan berdasarkan ucapan baginda. Antara tersebut ialah :

عَنْ عَلْقَمَةَ بْنِ وَقَّاصٍ عَنْ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَلِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ [7]

Maksudnya : Daripada Alqmah Bin Waqqas daripada Umar berkata ; sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda : “ Setiap amal itu dengan niat dan bagi tipa-tiap seseorang apa yang diniatkan. Maka sesiapa hijrahnya kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya kerana Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa hijrahnya kerana dunia ia akan memperolehinya atau perempuan yang dia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang dia berhijrah kepadanya”.

2.2.2 Contoh perbuatan[8]

Terdapat banyak hadith yang menggambarkan perbuatan Rasulullah s.a.w. Perbuatan Rasulullah s.a.w ini menjadi panduan kepada umat Islam dalam kehidupan seharian. Antaranya ialah :

صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي[9]

Maksudnya : Bersembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang

2.2.3 Contoh taqrir[10]

Taqrir ialah memperlakukan apa yang dilakukan oleh seorang sahabat sebagai benar dengan tidak mencegah dan menyalahkan serta menunjukkan keredhaannya. Kedua menerangkan tentang kehebatan perbuatan yang dilakukan itu serta diperkuatkan dengan hujah. Antaranya ialah :

وَسُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الضَّبِّ فَقَالَ لَا آكُلُهُ وَلَا أُحَرِّمُهُ[11]

Maksudnya : Telah ditanya Rasulullah s.a.w mengenai al-Thab maka baginda bersabda tidaklah aku makan dan tidak pula aku mengharamkannya.


RUJUKAN

[1] Ibn Manzūr, Abī al-Fādl Jamal al-Din Muhammad bin Mukram Ibn Manzūr al-afriqi al-Misri. 1999. Lisan al-Arab. Dar Beirut li al-Tabaat, Beirut. Cetakan kedua, jilid 3. hlm 75.
[2] Al-Quran, al-Anbiya 21: 2
[3] Mustafa, Ibrahim. 1972. al-Mujam al-Wasīt. Al-Maktabah al-Islamiyyah, Istanbul, hlm 159.
[4] Al-Quran, al-Ghasyiah 88:1
[5] Muhammad Abū al-Laīs al-Khaīr Ābādī. 2005. Ulūm al-Hadīth Asīliha wa Muā`sirihā. Dar al-Shakir.Selangor. Hlm 21.
[6] ibid
[7] Al-Bukhārī, Muhammad Bin Ismāi. Sahīh al-Bukhārī di dalam fath Bārī sharh Sahīh al-Bukhāri oleh Ibn Hajar al-Asqalānī. Dar al-Kutub al-ilmiyyah, Beirut. 1997, jilid 1 kitab al-Īmān, bab Mā Jāa Inna al-A`māl bi al-Niat, hadith 54, hlm 180.
[8] Mustafā Abd al-Rahman. 1996. Hadith 40. Dewan Pustaka fajar. Selangor. Hlm 12
[9] al-Bukhārī, Muhammad Bin Ismāi. Sahīh al-Bukhārī Bukhārī di dalam fath Bārī sharh Sahīh al-Bukhāri oleh Ibn Hajar al-Asqalānī. Dar al-Kutub al-ilmiyyah, Beirut. 1997, jilid 1 kitab al-Azān, Bab al-Azān li Musāfir, hadith 605.
[10] Al-Qāsimī, Muhammad Jamāl al-Dīn. T.th. Qawāid al-Tahdīth Min Funūn Mustalah al-Hadīth. Dar al-Kutub al-Ilmiah. Beirut. Hlm 63.
[11] Al-Bukhārī, Muhammad Bin Ismāi. Sahīh al-Bukhārī Bukhārī. jilid 6 kitab al-Zabāih wa al-Sa`id, bab al-Thab.

No comments: